Monday, October 12, 2009

Kejadian di hari raya pertama..


Hak hak! anak aku masa raya pertama kat umah mak mentua aku, Felda Pemanis, Segamat. Yang kat belakang tu sepupu dia, Putri Balqis Syahindah. Raya yang tak macam raya. Duk umah je. orang pun takde datang beraye. tak paham aku orang Pemanis nih. Ape yang diorang wat tah raye2 camni. Dahla aku takde baju raya. Aku pakai suar jeans je. Pagi tu pakai kain batik ngan t-shirt. aku tak sangka lak baju raya tak siap. Tengahari tu baru aku balik rumah kejap amik baju kurung. Petang raya tu baru la terhegeh2 nak balik kampung mak mentua aku. kat air hitam.

AKu tak tau la kenape, mungkin sebab aku pregnant, orang tua2 kata pembawakan budak, aku rasa nak marah je. Tak boleh lambat sket, mula la aku tarik muka. Terutama masa raya tu, aku memang dah hot sebab baju raye aku tak siap and aku tau pun masa malam raya, pastu mak mentua aku kata nak balik kg, tapi aku pelik tu tak bergerak2. aku ni ade anak kecik, tak boleh sampai maghrib, karang melalak je kejenya. sampai aku perli2 banyak kali. mana taknye, nak balik kg, tapi masing2 membute je. orang hari raye cergas2 la badan tu sket, ni tak, melembap je masing2. memamg aku hangin gile masa tu. at last aku sampai kat kg mak mentua aku tepat2 nak azan maghrib. mau tak hangin satu badan aku. yang jadik mangsa of course la laki aku.. kadang kesian gak, tapi aku geramla..cubala buat sesuatu kerja tu cepat, efektif dan efisien..hmm..mungkin ia akan jadi pengajaran buat aku utk masa depan..yela, aku kena banyak3 bersabar dapat kuarga mentua macam ni..raya pertama pun takde sesi maaf-maafan..rumah bersepah2..tak macam raya pun..masa tu la aku rindu sangat3 nak balik kg aku..raya rumah aku..hmm...

Aku cerita kat blog ni bukan maksud nak burukkan mentua aku, tapi ia sebagai pengajaran untuk korang yg belum kawin, nak kawin, supaya terimala seadanya keluarga mentua kita, termasuk aku.. aku masih lagi belajar menerima mereka seadanya..Harapan aku, semoga aku dapat menerima mereka, sebagaimana mereka menerima aku seadanya..Aku pun bukanla baik @ perfect, aku pun manusia juga..Ada kelemahan dan keburukan aku, tapi aku paling pantang kalo orang buat kerja lambat, pastu rumah bersepah2. Paling aku pantang. Semak mata ni. takpela, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. Hanya ALLAH jua mengetahuinya..

Sunday, October 11, 2009

raya raya raya

Minggu ni minggu ke-3 raya, tapi tak rasa macam raya pun..Antara sebab-sebabnya ialah :
i) Baju raya aku 3 pasang tak siap!! (-.-)
ii) Tak dapat balik kampung aku!
iii) Bonus raya hampeh tak dapat walaupun RM0.01!
iv) Anak kesayangan aku pun tak dapat banyak duit raya!
v) Aku pregnant, mabok! Tak dapat makan sedap2! kena control loya aku supaya tidak diketahui orang! Tak best betul badan ni.

paling aku bengang sekali baju raya aku tak siap la..malam raya baru aku tau tailor tu lupa wat baju aku! MAsa tu aku rasa nak cekik2 je batang leher dia. Sudahnya aku merajuk ngan laki aku. Sebab tailor tu akak dia! ;-(

2 hari lepas aku telefon tailor tu tanya baju dah siap ke belum, hampeh ku rasakan..bukan setakat tak siap, boleh pulak dia hilangkan baju tu..aku bengang giler..laki aku la jadi mangsa bebelan aku..aku ingat nak pakai g open house, memang tak merasa la aku pakai baju tu..Sampai aku dah kecik hati, aku takkan tanya lagi baju tu dah siapke belum. Lantak la nak kata ape pun. 2 tahun aku hantar baju tu. Sampai sekarang tak siap lagi. Ade ke patut? Lu pikirla sendirik!!

Mau tak mau terpaksa la aku terima hakikat yang amat pedih ini..

Dahla bonus raya tak dapat, baju raya tak siap lak tu.. Entahle.. Memang mood utk raya takde.. Raya ke 4 aku dah keje..Bos lak membebel je..Hmm..


Thursday, September 17, 2009

ha, nak raya dah!

Lagi 2 hari je nak raya. ;-)

Best memang la best, apatah lagi tahun ni raya pertama aku bersama anak kesayangan aku nih. Dia la yg paling banyak beli baju raya. Ada 8 pasang sumenye, tak termasuk aksesori2 di badan. Haha raya sakan anak aku..

Tapi yang tak syoknye, aku tak dapat bonus raya...! huhuh.. sedey tau.. lagi satu lak, aku takkan leh berjalan jauh.. sebab aku tengah mabuk sekarang..aku pregnant lagi la pulak.. baru planning nak jalan g melaka bawak anak aku jalan..hmm...

Sok tak tau g aku keje ke tak.. malas betul nak keje..tak de mud nak keje, mud hanya nak raya! haha..

tahun ni aku beraya kat kg suami aku, kat felda pemanis, segamat.. tahun lepas aku raya kt kg sendiri, so tukar2 la ye..kan dah berlaki sekarang nih, kenala tolak ansur..
lagipun, parents aku tak de, baru pagi tadi bertolak ke indonesia, kg halaman ibu tiri aku..so sekarang adik2 aku yang lain tu beraya la dengan nenek masing2, sebab cuma adik aku yg kecik je ikut..

Raya tahun ni tentu tak berapa nak best..sebab tak dapat jumpa abah n ibu aku, adik2 aku, n tak dapat jumpa nenek aku..walaupun baru balik last 2 weeks, tapi tak sama macam suasana di pagi raya..biasa nya aku n famili akan jalan satu kg beraya, tapi nampaknye takde la tahun ni..n most important thing, tak dapat ziarah pusara arwah mak, akak n abang aku..hmm...semoga ALLAh mencucuri rahmat ke atas roh mereka..Aminnn...

Hope raye tahun ni memberi 1001 kebaikan n hikmah kepada kita semua..

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.. Assalamualaikum..

Friday, September 11, 2009

comel tak baby farah?


alamak, cane leh tertiarap lak ni..huhu..
malu la, rambut takde ni..



help me, ibu..!


ha..this is my little farah..is she cute? mestila, ikut ibu dia..hahaha...

nanti aku post new image of her..sekarang makin aktif..tak terlarat nak jaga..dia ni paling pantang tengok kertas n pink bag dia..macam nak ditelannya..

Thursday, September 10, 2009


baby farah demam..ciannye..



nape jelir lidah ni?



baby farah minum susu..jeling ibu ye..tak baik tau



After majlis cukur jambul.. Banyak dapat duit..haha



my baby 41days old.. baru pas cukur rambut.

Masa untuk berpantang..

Aduh...antara mengandung, bersalin dan berpantang...berpantang la paling aku tak suka..i hate it!! ;-(

Aku start berurut hari Ahad tu jugak. Abah aku dah bising sebab lama sangat baru nak berurut, ibu aku lagi la bising. Yela, aku dah rase sejuk... takut masuk angin orang2 tua kate..

Orang yg urut aku tu dipanggil Makusu, memang sume orang panggil dia gitu. Tak kesahla. Pe2 pun. First day & 2nd day, ok je lagi dia urut..Tak la sakit pun.. But the last day (3rd day) aduh..ganaz seh.. sakit sume urat2 aku..Aku memang paling lemah bab ngurut2 ni..tak suke.. APe lagi, aku pun lari2 la heheh..

Itu baru bab urut2, lum lagi minum ubat akar2 kayu, makjun la, kacip fatimah la, jamu la mcm2 la kena makan..tak terlarat aku..tapi aku skip2 gak la..heheh.. last2 ibu aku yang abiskan ubat akar kayu tu.. tak terlarat aku..pahitnya, masyaALLAH...wekkk!!!

1st week aku pantang sendirian tanpa En Faiz disisi..seksanye...rindu kat dia lagi, g pun aku dah biasa dekat ngan dia sejak kawin, tak penah pisah..so bila pisah, rase something wrong everyday..aku call dia hari2 pun tak same gak..ngan baby lagi yg tak reti2 nak tido time malam..pelik aku.. penah dia nangis dari kul 12 tghmlm sampai subuh..kul 6 baru dia nak tido..aku pun tak tau nak wat pe..ibu aku sampai terjaga dengar budak nangis lama sangat..aku dah terlentok je..ngantok! siang tak leh tido, malam lak tak dapat tido..aduh... dugaan...last2 ibu aku pujuk..tido gak akhirnya, tapi tak nak baring kt katil, dia nak duduk! ape ke pelik anak aku ni..

Aku memang tak leh hidup tanpa En. Faiz di sisi. Al maklumla, aku kan dalam pantang, so memerlukan perhatian yg lebih dari laki aku sendiri, apatah lagi aku memang manja sangat ngan laki aku ni.. so aku mintak dia datang jenguk aku. dia janji nak datang..lega....
TApi dia tak leh datang! WAaaaaaa....;-( dia tak dapat cuti..hampeh tol.. tapi lama kelamaan.. aku jadi biasa bila dia takde..sampaila habis pantang.. Sume aku uruskan sendiri.. Alah bisa tegal biasa..betulke peribahasa aku ni? hehe..

nanti ada masa aku post pic farah syaqirah mASA newborn..



Monday, September 7, 2009

seronoknya jadi ibu..!

Seronoknya jadi ibu!

For the first time I see my daughter, YA ALLAH.. gembira, bersyukur, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. She's so cute..

22hb Mar, 2009..(Ahad)
En. Faiz keje malam masa tu, akuu tinggal sorang jek kat umah.. Malam tu masa nak tido, aku rasa cam de kuar something yg tak besh je..i think air ketuban dah pecah, but sikit pun tak sakit. So aku biar je la. Tido...ZZZzzz...

23hb Mar, 2009.. (Isnin)
Suppose aku g keje, tapi hati tak sedap..aku ajak En. Faiz g spital check kandungan, nurse tu kata dah terbukak 1cm.. Still lagi tak rasa sakit pun..
Aku kena tahan wad..Disebabkan tak sakit langsung, aku leh lagi gelak2 merayau sana sini kat wad tu borak2 ngan katil sebelah2.
Tapi start malam tu, area kul 8-9mlm, sakitnya dah mula datang. Tapi kejap2. Satu malam aku tak dapat tido, menahan sakit..
Area kul 430 pagi, ada nurse dtg check tekanan darah, aku bagitau dia aku dah sakit sangat. Sume serba tak kena, baring tak boleh, duduk tak boleh. Last2 aku g jalan2 utk hilangkan rasa sakit tu..
Nurse tu check pintu, baru buka 2 cm.. Aduhh... Lamanye.. Sabar..
Sampaila pagi, aku tahankan aje..

24hb Mar, 2009.. (Selasa)
Kul 9.30 pagi, Doktor datang Check one by one.. Aku cakap dah sakit kerap sangat dah, then dia pun check la. Dah buka 4 cm, aku pun dibawa ke dewan bersalin..
Punya la seksa menanggung sakit, rasa nak gigit je ape yg ada..
Kul 11.30 pagi la lebih kurang, pintu aku sampai 9cm, lum 10 cm lagi tapi aku memang dah tak tahan, so aku teran jela.
masa tu En. Faiz ada temankan.. (thanks, syg!). Kul 11.41 pagi, dengan 3 kali teran, keluar baby yang sungguh comel diberi nama Farah Syaqirah Binti Mohd Hafaiz..
Lum abis lagi.. haha.. lepas dah siap sume, ada lak sorang doktor ni dari wad kanak2 dtg jumpa aku, dia kata anak aku dalam inkubator coz dia tak nak nangis..huu.. sedih, terkejut pun ada..En. Faiz tak sempat nak azankan coz dah emergency trus bwk masuk inkubator.. Petang baru azankan..
Malam tu aku memang tak leh tido beb..sakit gile kat tempat jahit tu..Aku baca ayat qursi, selawat banyak2, tarik nafas panjang baru lega sket..Alhamdulillah..Rindunye pada Farah Syaqirah..

25hb Mar, 2009.. (Rabu)
Aku leh kuar spital! baby pun dah ok, dia maybe sejuk kot, sebab tu tak nangis.. Mak mentua aku & En. Faiz amik aku dari wad..

For the whole week, keluarga mentua aku banyak tolong jaga baby n aku yg dlm pantang.. thanks to Mak, Azai (adik ipar), kak teh (akak ipar) n paling penting, thanks to En. Faiz my beloved husband..

28hb Mar, 2009.. (Sabtu)
Parents aku come from Klang just to catch me n their new family member to their home..aku amik keputusan pantang kt umah org tua aku..Aku kesian lak kat family mentua aku, ari2 datang umah aku nak tolong aku n baby.. Petang tu gak abah aku terus ajak balik..

Hmm..to be cont.....

Thursday, September 3, 2009

selamat datang ke dunia blogger...

please visit me...nor adila jani
Blog Widget by LinkWithin

by nuffnang